Wednesday 10 April 2013

ANNYEONG HASEYO 2013 !

 Assalamualaikum,

Annyeong Haseyo chinggu ( kawan ),
terima kasih aku ucapkan pada para pembaca yang sudi membaca dan meninjau blog aku ni :D, aku baru lagi dalam dunia blogger nie, so tunjuk ajar ku sifu :), harap korang semua tak bosanlah baca entry-entry aku ni. Btw aku ni KPOPPERS..so tak heranlah kalo ade entry aku pasal KPOP :D

Siapa Amira Anis ?
So, ni serba sedikit pasal diri aku. Nama Nurul Amira Anis Binti Idris, Tarikh Lahir 2.6.97, stay at Kota Damansara,Selangor. Selamat berkenalan ^__^.. macam yang aku cakap tadi, aku ni KPOPPERS. Aku ni memang FANATIK sangat dengan KPOP. Cakap je sape artis KPOP yang korang nak tau, semua ada dalam kepala otak aku ni, hahaha..yang tengah baca ni kalau anda NON-KPOPPERS, jebal ( please ) don't hate me :( :D


Apa yang mendorong aku untuk memasuki dunia Blogger ni ?
Yang sebenar-benarnya kan, aku mana minat sangat nak tulis karangan panjang berjela-jela ni.. buat sakit tangan aku je -_-'. Tapi, satu hari ni kan aku tengah dok bace surat khabar.. And suddenly, ade sesuatu bende yang menarik minat aku untuk dibaca .. dah banyak kali juga bende nie keluar kat majalah and surat khabar, tapi aku buat dont know je :D. BLOGGER FATIN LIYANA ? ( haish tak kan tak kenal kowt blogger FATIN LIYANA ? :D) .. Apa yang best sangat dengan blog dier tu sampai nak keluar majalah and surat khabar berbagai ?. Sebab dah banyak sangat soalan yang main difikiran aku ni, so aku pown mulalah search kat google tetang blog dier ni. Time aku bukak dan bace pasal entry SIAPA FATIN LIYANA, sejak tulah juga aku jadi suka bace entry-entry dier yang lain ( cewahh terus jadi peminat dier tu ). So no wonder lah blog dier terkenal sampai masuk surat khabar berbagai :D.. 



Kenapa baru sekarang nak buat blog ?
Hmm, aku dulu pernah ada satu blog, tapi disebabkan tahap kemalasan aku yang melampau, so dah penuh dengan sawang dah blog aku tu.. Email dengan password dier pown aku dah lupa.. hahahaa ( tulah banyak makan semut lagi >_<' ).. Ntah apa jadi kat blog aku yang dh berzaman aku tinggalkan tu o_O..



Ada ke orang nak baca dan kunjungi blog aku ni ?
Hah !, ni lagi satu hal, soalan ni selalu terbit kat dalam kepala hotak aku ni, 'Ade ke orang nak baca dan kunjungi blog aku ni ?'... Ade ke tak de ke, tu lain cite. Yang penting aku dapat kongsikan cerite-cerita dan pengalaman aku sepanjang aku menulis blog ni kepada korang  semua :D, kalau tak de yang sudi membaca, biarlah aku yang baca sorang huhuhu :D


Selalu update tak blog ni ?
InsyaAllah, kalau tangan aku ni rajin nak update, aku akan update entry-entry yang menarik untuk pembaca sekalian :D. Bukan pasal KPOP je tau, cerita-cerita yang lain pown aku akan update. Btw blog aku ni genre tak tentu, macam-macam genre yang ada dalam blog aku ni. Sebab banyak benda yang aku nak share dengan korang. Sekian sahaja entry aku kali nie, Kamsa Hamnida ( thanks ) for reading and supporting my blog :D




















2 comments:

Amira Anis said...
This comment has been removed by the author.
Wawapplehijau said...

hehehe kelakar lah awk nie ^__^

Get widget here